
Dalil pertama:
Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له
Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk
dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu
menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat
ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)Takhrij:
Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 &
487. Al-Haitsami berkata: Para perawinya adalah perawi yang sahih. Imam
al-Mundziri berkata: para perawi ath-Thabrani adalah tsiqah dan termasuk
para perawi yang sahih. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, as-Silsilah
ash-Shohihah, 1/447, no. 226.
Juga diriwayatkan oleh ar-Ruwaiyani, al-Musnad, 2/227 dari jalur Nashr B. ‘Ali, beliau berkata: “Ayahku menceritakan kepada kami, Syadad B. Sa’id telah menceritakan kepada kami, daripada Abu al-Alla’, beliau berkata, Ma’qil B. Yasar telah menceritakan kepadaku secara marfu’… (hadis di atas).”
Syaikh al-Albani berkata tentang sanad hadis ini (riwayat ar-Ruwaiyani): Ini adalah sanad yang bagus (jayyid). Semua perawinya tsiqah dan termasuk para perawi al-Bukhari dan Muslim, kecuali Syaddad B. Sa’id yang hanya merupakan perawi Imam Muslim sahaja. Ada sedikit komentar terhadapnya yang tidak boleh menurunkannya dari status hasan. Dengan sebab itu, Imam Muslim hanya meriwayatkan daripadanya sebagai syawahid. Adz-Dzahabi mengatakan dalam al-Mizan sebagai Sholihul hadis (hadis yang bagus). Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam at-Taqrib sebagai Shoduq yukhthi (jujur namun sering tersilap). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447)
Penjelasan:
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
Juga diriwayatkan oleh ar-Ruwaiyani, al-Musnad, 2/227 dari jalur Nashr B. ‘Ali, beliau berkata: “Ayahku menceritakan kepada kami, Syadad B. Sa’id telah menceritakan kepada kami, daripada Abu al-Alla’, beliau berkata, Ma’qil B. Yasar telah menceritakan kepadaku secara marfu’… (hadis di atas).”
Syaikh al-Albani berkata tentang sanad hadis ini (riwayat ar-Ruwaiyani): Ini adalah sanad yang bagus (jayyid). Semua perawinya tsiqah dan termasuk para perawi al-Bukhari dan Muslim, kecuali Syaddad B. Sa’id yang hanya merupakan perawi Imam Muslim sahaja. Ada sedikit komentar terhadapnya yang tidak boleh menurunkannya dari status hasan. Dengan sebab itu, Imam Muslim hanya meriwayatkan daripadanya sebagai syawahid. Adz-Dzahabi mengatakan dalam al-Mizan sebagai Sholihul hadis (hadis yang bagus). Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam at-Taqrib sebagai Shoduq yukhthi (jujur namun sering tersilap). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447)
Penjelasan:
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
و في الحديث وعيد شديد لمن مس امرأة لا تحل له ، ففيه
دليل على تحريم مصافحة النساء لأن ذلك مما يشمله المس دون شك ، و قد بلي
بها كثير من المسلمين في هذا العصر و فيهم بعض أهل العلم ، و لو أنهم
استنكروا ذلك بقلوبهم ، لهان الخطب بعض الشيء ، و لكنهم يستحلون ذلك ، بشتى
الطرق و التأويلات
Terjemahan: Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada
sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram).
Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan
wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi
unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi
ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya
mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada
sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka
menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan
(penafsiran). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-Kamilah,
1/225)
Dalil Kedua:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Dalil Kedua:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا
مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ
وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ
وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ
يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
Terjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan.
Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat,
dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata,
tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati
berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan
membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat
Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802)Kaedah pengambilan dalil adalah
dari perkataan:
وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ
… dan tangan berzina dengan menyentuh. (Dari hadis di atas)
Dalam riwayat Ahmad disebutkan:
وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ
… dan tangan berzina dengan menyentuh.
Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan:
وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ
… dan tangan berzina dengan menyentuh.Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:
معنى الحديث أن بن آدم قدر عليه نصيب من الزنى فمنهم من
يكون زناه حقيقيا بادخال الفرج في الفرج الحرام ومنهم من يكون زناه مجازا
بالنظر الحرام اوالاستماع إلى الزنى وما يتعلق بتحصيله او بالمس باليد بأن
يمس أجنبية بيده او يقبلها او بالمشي بالرجل إلى الزنى اوالنظر او اللمس او
الحديث الحرام مع اجنبية ونحو ذلك او بالفكر بالقلب
Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan
untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina
dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam
kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara
majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau
dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha
untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh
wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya.
Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh,
atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita
ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat)
dengan hatinya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206)
Dalil ketiga:
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya walaupun dalam peristiwa bai’at.
Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Dalil ketiga:
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya walaupun dalam peristiwa bai’at.
Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ
بِاللَّهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا
Terjemahan: Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbai’at
dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah
kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita
melainkan wanita yang dimilikinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih
al-Bukhari, 22/160, no. 6674)Juga melalui hadis ini:
وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ
قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ
بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ
Terjemahan: Tidak, demi Allah, tidak pernah walau sekali pun
tangannya (tangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) menyentuh tangan
seorang wanita ketika melakukan bai’at. Beliau tidak membai’at para
wanita melainkan hanya dengan mengatakan: “Aku telah menerima bai’at
kamu untuk perkara-perkara tersebut.”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih
al-Bukhari, 15/165, no. 4512)Daripada Umaimah Binti Ruqaiqah, ia
menyatakan:
أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه،
فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية،
وقال: “فيما استطعتن وأطقتن”، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا،
قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال “إني لا أصافح النساء، إنما قولي
لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة
Terjemahan: Aku pernah berjumpa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam bersama beebrapa orang wanita untuk berbai’at kepada beliau. Maka
beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an,
iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu
beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan
sanggupi.”Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih
menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami mengatakan,
“Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”
Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih)
Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:
Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih)
Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:
أن النبيّ صلى الله عليه وسلم ثبت عنه أنّه قال: “إني
لا أصافح النساء”، الحديث. واللَّه يقول: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ
اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} ، فيلزمنا ألاّ نصافح النساء اقتداء به صلى
الله عليه وسلم، … وكونه صلى الله عليه وسلم لا يصافح النساء وقت البيعة
دليل واضح على أن الرجل لا يصافح المرأة، ولا يمسّ شىء من بدنه شيئًا من
بدنها؛ لأن أخفّ أنواع اللّمس المصافحة، فإذا امتنع منها صلى الله عليه
وسلم في الوقت الذي يقتضيها وهو وقت المبايعة، دلَّ ذلك على أنها لا تجوز،
وليس لأحد مخالفته صلى الله عليه وسلم، لأنه هو المشرع لأُمّته بأقواله
وأفعاله وتقريره
Terjemahan: Bahawasanya telah tsabit daripada Nabi Shallallahu
‘alaihiw a Sallam, beliau berkata, “Sesungguhnya aku tidak pernah
bersalaman dengan kaum wanita.” Dan Allah telah berfirman: “Sesungguhnya
telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik.”. Dengan
itu, demi untuk mencontohi/mengikuti beliau Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam, maka kita tidak bersalaman tangan dengan wanita ajnabiyah… dan
sikap beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang tidak bersalaman tangan
dengan wanita di ketika melakukan bai’ah adalah merupakan dalil yang
sangat jelas bahawa seseorang lelaki tidak boleh bersalaman tangan
dengan wanita yang bukan mahramnya dan tidak dibenarkan sama sekali dari
anggota badannya menyentuhnya. Ini adalah ekrana bentuk sentuhan yang
paling ringan adalah dengan bersalaman. Apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam sendiri enggan untuk bersalaman dengan wanita ajnabiyah di
ketika waktu-waktu yang sangat diperlukan untuk bersalaman iaitu di
ketika waktu berbai’at, maka ini menunjukkan bahawa bersalaman tangan
dengan kaum wanita ajnabiyah itu adalah tidak dibenarkan. Sesiapa pun
tidak wajar untuk menyelisihi beliau. Kerana beliau adalah yang
membawa/menetapkan syari’at untuk umat beliau sama ada dengan ucapan,
perbuatan, ataupun pembenaran (taqrir). (al-Amin asy-Syanqitihi,
Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/256)Beliau juga
menyatakan:
وإنما أمر بغضّ البصر خوف الوقوع في الفتنة، ولا شكّ أن
مسّ البدن للبدن، أقوى في إثارة الغريزة، وأقوى داعيًا إلى الفتنة من
النظر بالعين، وكل منصف يعلم صحّة ذلك
Menundukkan pandangan (antara lelaki dengan wanita)
adalah diwajibkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan kepada fitnah.
Tidak dinafikan bahawa sentuhan anggota tubuh lelaki ke tubuh wanita
yang bukan mahram adalah merupakan faktor yang paling kuat untuk
membangkitkan naluri syahwat dan pendorong yang paling kuat menuju
fitnah berbanding pandangan mata. Setiap orang yang normal memahami
kebenaran perkara ini…
أن ذلك ذريعة إلى التلذّذ بالأجنبية، لقلّة تقوى اللَّه في هذا الزمان وضياع الأمانة، وعدم التورّع عن الريبة
Terjemahan: Bahawasanya ini semua (bersalaman di antara lelaki dengan
wanita yang bukan mahram) membawa kepada usaha menikmatinya, disebabkan
berkurangnya sifat taqwa kepada Allah di zaman ini, hilangnya sikap
amanah, dan kosongnya nilai kehati-hatian. (al-Amin asy-Syanqitihi,
Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/257)
Pandangan Para Ulama Bermazhab Syafi’i:
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
Pandangan Para Ulama Bermazhab Syafi’i:
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
أن كلام الأجنبية يباح سماعه عند الحاجة وأن صوتها ليس
بعورة وأنه لايلمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة كتطبب وقصد وحجامة وقلع ضرس
وكحل عين ونحوها مما لا توجد امرأة تفعله جاز للرجل الأجنبى فعله للضرورة
وفى قط خمس لغات
Perkataan (suara) wanita ajnabiyah boleh kita dengari di ketika ada
keperluan dan suaranya tidak termasuk aurat, menyentuh kulit wanita
ajnabiyah tidak dibolehkan tanpa adanya alasan darurat seperti sebab
perubatan, pendarahan, bekam, mencabut gigi, dan seumpamanya, di mana
tiada wanita yang sanggup melakukannya. Lelaki yang bukan mahram
dibenarkan melakukannya disebabkan alasan darurat tertentu. (Imam
an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 13/10)Beliau juga berkata:
حيث حرم النظر حرم المس بطريق الأولى لأنه أبلغ لذة فيحرم
Terjemahan: Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu
diharamkan, sudah tentu menyentuh kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini
adalah kerana menyentuh lebih mudah membangkitkan syahwat. (Imam
an-Nawawi, Raudhatut Tholibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27)Al-Hafiz Ibnu
Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata tentang hadis pembai’atan para
wanita kepada Rasulullah tanpa bersalaman:
ومنع لمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة لذلك
Hadis tersebut mengandungi penjelasan larangan menyentuh wanita
ajnabiyah (yang bukan mahram) tanpa adanya alasan darurat untuk
menyentuhnya. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/204)Wallahu ‘alam…
No comments:
Post a Comment
12345